Monday, 4 March 2013

Sepintas lalu





Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin
Inilah saidina Umar bin Khattab r.a.
Salah seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin, yang telah membuktikan diri sebagai penolong agama & berjihad dengan nama Rabbul ‘Alamiin. Khalifah yang berhasil memadamkan api kejayaan majusi, sehingga orang-orang kafir sangat benci kepadanya. 

Diantara mereka yang paling menonjol kepada saidina Umar r.a adalah Abu Lu’lu’ah Al-Majusi,
seorang budak yang berprofesi tukang kayu sekaligus pandai besi & tinggal di Madinah. 

Ia membuat suatu alat yang biasa digunakan untuk menggiling tepung. Alat itu terdiri dari 2 batu yang dibelah. Satu batu ditaruh di atas yang lain. Lalu biji gandum dilemparkan ke tengah-tengahnya, kemudian diputar dengan tangan. Rupanya dia sedang menunggu saat yang tepat untuk membalas dendamnya terhadap Saidina Umar r.a. suatu ketika Saidina Umar r.a menjumpainya di jalan & bertanya, 

“Aku dengar kau pernah berkata, 
‘Kalau mampu, aku akan membuat penggiling gandum yang digerakkan dengan angin.’
Benarkah?” 

Budak itu menoleh ke Saidina Umar r.a dengan muka masam. 

“Ya. Benar. Aku akan membuat untukmu alat giling yang akan menjadi pembicaraan manusia dari Barat hingga ke Timur,” katanya. Saidina Umar r.a lalu berkata kepada orang-orang yang menyertainya,
“Budak itu mengancamku.” 

Setelah itu, budak tadi membuat sebuah pisau yang mempunyai dua mata. Penggunaan pisau itu dengan memegang bagian yang ada diantara 2 matanya. Jika seseorang ditusuk dengan 1 matanya, akan terbunuh. Demikian juga bila diyusak dengan matanya yang lain. Budak itu juga melumuri pisau tersebut dengan racun. Sehingga ketika seseorang ditusuk dengan pisau itu, boleh jadi ia mati kerana kekuatan tusukan, atau kerana racunnya. 

Hingga datanglah saat itu, ketika ia mengendap-endap di kegelapan malam. Ia bersembunyi di sebuah pondok masjid, menunggu kedatangan Saidina Umar r.a. ia tetap berada di tempat itu, sampai akhirnya Saidina Umar r.a masuk masjid membangunkan orang-orang untuk mendirikan solat. Lalu dirikanlah solat dengan Saidina Umar r.a sebagai imamnya. 

“Allahuakbar”, Saidina Umar r.a bertakbir. 

Ketika ia mulai melantunkan ayat-ayat Al-Quran, budak tadi keluar dari tempat persembunyiannya. Secepat kilat ia menyerang Saidina Umar r.a dengan 3 tusukan sekaligus. Tusukan pertama mengenai dada, kedua mengenai perut & tusukan yang terakhir mengenai bagian bawah pusar. Saidina Umar r.a menjerit & rebah ke tanah. Dalam pada itu, ia mengulang-ulang firman Allah SWT, 

“dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti akan terjadi.”
(Al-Ahzab: 38) 

Lalu Abdurrahman bin ‘Auf maju menggantikan Saidina Umar r.a untuk menyelesaikan solat jemaah tersebut. Sementara itu, setelah menusuk saidina Umar r.a, budak tadi menerobos ke barisan kaum muslimin dengan pisaunya yang diayun-ayunkan ke kiri & ke kanan. 

Ada 17 orang yang terkena pisau itu. 7 diantaranya meninggal dunia. Lalu ia berhenti dengan menghunus pisaunya. Setiap orang yang mendekati, pasti diserangnya. Sampai ada seseorang yang melempar sebuah kain selendang tebal ke arahnya. 

Budak itu terhuyung-hayang. Ia merasa kaum muslimin akan segera meringkusnya. Seketika itu, ia hunjamkan pisau yang dibawa ke tubuhnya sendiri. 

Saidina Umar r.a langsung dibawa ke rumahnya. Orang-orang yang menunggu di sekitar rumahnya, menangis semua. Saidina Umar r.a pengsan sehingga terbitnya matahari. Ketika sedar, dipandang wajah orang-orang yang berada di sekelilingnya. 
Pertanyaan pertama yang diucapkan adalah, 

“Apakah manusia sudah solat? 

Mereka menjawab, “Sudah.” 

“Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya tidak dianggap Islam, orang yang meninggalkan solat.” Katanya. 

Saidina Umar r.a lalu meminta air untuk berwudhu’. Sebenarnya ia hendak berdiri untuk mengerjakan solat, namun tidak termampu. Ia kemudian meraih tangan anaknya, Abdullah r.a untuk mendudukkan tubuhnya di belakang Abdullah r.a. saidina Umar r.a duduk bersandarkan anaknya. 

Darah terus mengalir dari luka bekas tusukan. Abdullah bin Umar r.a berkata, “Demi Allah, aku mencuba menutupi luka itu dengan jariku, namun darah terus mengalir. Hingga akhirnya kami ikat lukanya sengan serban.” Demikianlah saidina Umar r.a menunaikan solat subuhnya. 

Setelah itu saidina Umar r.a berkata kepada Ibnu Abbas r.a, “Lihatlah, siapa yang telah membunuhku?” Dijawab, “Engkau diserang oleh seorang budak Majusi. Beberapa orang juga telah diserangnya, lalu ia bunuh diri”. Saidina Umar r.a berujar, “Segala puji bagi Allah yang menjadikan pembunuhku tidak dapat memusuhiku di hadapan Allah dengan 1 sujud pun ( kerana si pembunuh seorang kafir, yang tidak mungkin sujud kepada Allah swt). 

Setelah itu seorang tabib mengubatinya. Tabib itu menuangkan air yang bercampur kurma sehingga dari luka saidina Umar r.a keluarlah air. Ia mengira yang keluar dari luka Saidina Umar r.a adalah cairan darah & nanah. Lalu menuangkan susu. Sesaat, susu itu keluar dari luka di bawah pusar. Tabib berkesimpulan bahawa tusukan budak itu telah merobek tubuhnya.
Ia lalu berkata, “wahai Amirul mukminin, berwasiatlah.
Aku yakin kalau tidak hari ini, pasti besok engkau akan meninggal.” 

Saidina Umar menjawab, “Engkau benar. Andai sahaja engkau tidak mengucapkan yang seperti tadi, pasti kau telah berbohong. Demi Allah, seandainya aku miliki semua isi dunia, akan kugadaikan demi menghadap dasyatnya suatu hari saat menghadap Allah,” lanjutnya. 

Ibnu Abbas r.a berkata, “Kalau kau berkata begitu, semoga Allah memberikan balasan kebaikan bagimu. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah berdoa agar Allah memuliakan islam denganmu & kaum muslimin, ketika mereka dicekam dengan ketakutan di Mekah?
Ketika kau masuk Islam, keislamanmu membawa wibawa & kesucian.




No comments:

Post a Comment