Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
Pembaharuan Dalam Bidang
Pentadbiran
Membentuk Majlis Syura
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan
lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu
Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b.
Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas
dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan
dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis
Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal
pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui
apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka
peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan
fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau
menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia
yang tidak berfaedah.
Membahagikan
Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan
negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi
menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah
membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai
untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah
pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah
Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi
melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b.
al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah
mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah
syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan
kesucian Islam.
Memperbaharui
undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk
melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq
misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan
segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah
yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan
cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan
mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza
dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada
tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam bidang
ekonomi
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan
pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan
sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang
ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan.
Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan
Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah
langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini
menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertamba
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru
dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di
Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
Pembaharuan Dalam Bidang
Sosial
Melakukan polisi baru
untuk golongan Dhimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada
golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak
menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi
dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa
cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati
oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau
dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka
yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh
kerajaan Islam.
Memperbaharui taraf
kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan
sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh
hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar
menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang
menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain.
Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga
mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa
hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan
hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah
melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang
sakit.
Menggalakkan kegiatan
keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk
mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar
pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang
memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di
masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam
diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan
prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah
dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu
usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
Pembaharuan Dalam Bidang
Ekonomi
Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem
pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang
menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar
Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan
Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman
yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi
memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik
sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga
telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
No comments:
Post a Comment